Tarikan Pulau Pangkor... - Pulau Pangkor, Malaysia | Hotel,Resort,Chalet | Maklumat Percutian

Tarikan Pulau Pangkor...

Posted by kay roll at 3:33 AM

Sunday, July 13, 2008

Taman Foo Lin Kong
Percutian anda tidak akan lengkap jika tidak singgah sebentar melihat keunikan taman Foo Lin Kong yang terletak di atas bukit di Sungai Pinang Kecil ini.




Kota Belanda dan Batu Bersurat
Di Teluk Gedung, terdapat sebuah kota lama yang berusia 330 tahun dikenali sebagai Kota Belanda. Kota ini yang dibina pada tahun 1670 oleh orang belanda sewaktu itu digunakan sebagai kubu untuk menghalang serangan orang melayu dan juga lanun-lanun pada masa itu.


Tinggalan Bersejarah Kota Belanda



Batu Bersurat yang berusia 330 tahun

Tidak jauh dari kota bersejarah ini, terdapat satu lagi tanda yang ditinggalkan oleh orang belanda iaitu
Batu Bersurat. Di atas batu tersebut, anda boleh melihat sebuah lukisan mengisahkan kononnya seorang anak seorang pembesar Belanda telah dilarikan seekorharimau.