Pulau Pangkor, Malaysia | Hotel,Resort,Chalet | Maklumat Percutian

Pulau Pangkor, Perak

Posted by Khai Rol at 10:40 PM

Sunday, January 5, 2014

Selamat Datang ke Pulau Pangkor, Perak destinasi percutian yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri.



Destinasi percutian yang amat popular ini masih mengekalkan keaslian semulajadinya dan amat sesuai untuk anda yang ingin bercuti bersama keluarga dan lari sebentar dari kesibukan kota atau beriadah sambil menenangkan fikiran di hujung minggu.

Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Perjalanan dari KL-Lumut mengambil masa 3-4 jam kira-kira 250km, manakala Ipoh ke Lumut sejauh kira-kira 84 kilometer.



Sebaik sahaja tiba di Lumut, anda harus menaiki feri untuk tiba di Pulau Pangkor.
Perjalanan menaiki feri dari Terminal Jeti Lumut ke Terminal Jeti Pangkor mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Sebaik sahaja tiba di Jeti Pangkor, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi jenis van atau menyewa kenderaan seperti kereta dan motosikal.